BEN ASHAARI

Wednesday, September 26, 2007

DAGING GORENG SIAM



Resipi yang ni, tak de apa nak cerita sebab idea pun tak tau dari mana datang, mungkin hasil dari pemerhatian dari "dapur" ke "dapur" teman2 cyber yang semua pakar memasak dan menilai makanan....kita tengok jelah yeaaa....

Bahan Utama:-
2 keping daging steak, dipotong memanjang*
1 camca teh serbuk lada hitam*(*diperap 15 minit)
10 kuntum cendawan shitake segar, dihiris halus
2 batang saleri, dipotong serong
1 batang leek, dipotong bulat
1 biji bawang besar, potong berbaji
1 inci halia, hiris nipis
2 ulas bawang putih, hiris nipis
10 biji cili padi, diketuk
1 batang serai, diketuk
2 helai daun limau purut

Bahan Sos:-
3 camca besar sos ikan
1 camca besar sos tiram
2 camca besar madu
3 camca besar jus limau kasturi/lemon

Cara membuatnya:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali (kurang lebih 2 camca besar). Tumis bawang putih dan halia, masukkan daging dan goreng hingga daging lembut. Masukkan serai dan terus menggoreng hingga daging sedikit garing diikuti cendawan shitake, masak hingga cendawan lembut. Tambah sedikit air jika perlu.
  2. Masukkan bahan2 sos kecuali jus limau. Kacau rata dan masukkan semua jenis sayur. Masak hingga sayur lembut sedikit.
  3. Akhir sekali masukkan daun limau purut dan jus limau. Biar masak 1 - 2 minit. Rasa garamnya. Perlu ada, masin, manis, masam dan pedas. Boleh diangkat dan hidangkan bersama nasi panas....

8 comments:

noreen said...

mat kalau makan resepi nie mesti dah buleh cakap siam kan ahak ahak

Mat Gebu said...

ahaks....sawadeekapp....meyydaiii!!!...ha itu je yg aku tau.

noreen said...

porah lah mat tu semua org pun taw meyydaii apa ke bendanya mat bukan ada org nak masuk ICU agak2nya ko tu kot dah parah sesgt ahak ahak

zaliana said...

daging siam la pulak...er mat berapa lama sewa prop (kain batik mak u tu)..mcm2 bau masakan dah lekat kat situ..ehehe he

Aidan's Mama & Papa said...

mat, kadang kadang masak hentam pon menjadi kan?

Z

Mat Gebu said...

Noreen, kalau tak silap meyydaii = takmauuuu!!..ahaks!!. Zaliana..kain ada byk tapi yg "makan gambar" tak byk lahh..takut nak pinjam yg antik punya....Zaza..setuju dgn u, masak nie kita hentam lagi sedap dari ikut resipi sgt, sampai beza 1gm pun tak boleh..eh zaza u tau hari nie ada bas terjun ke dalam laut stulang ...kesian..ada 2 org meninggal dunia. i rasa break bas tu out laa...

Aidan's Mama & Papa said...

mat, kesiannya.. sampai 2 orang meninggal... melayu ke? bulan puasa pulak tu.. kalau tak salah kan, 4-6 years ago the same thing happened! tok kita dok kat stulang laut, dulu dia selalu bawak kita gi makan roti bakar kat kedai kopi sebelah foon yew tu!

Zaza

Mat Gebu said...

Yang menninggal, sorang melayu lagi sorang chinese..Zaza u tau tak satu kedai roti kat jalan dobi (kalau tak silap)..kedai roti lama yang dia bake their bread dalam sabak (oven tradisi tu)....sampai sekarang roti dia masih lagi sedap kan....