Tuhu sumbat....oleh kerana macam dah tak de idea apa nak buat untuk berbuka....TIBA2!!!..teringat tauhu sumbat...dah lama juga tak buat, lagi pun balance kacang tanah hari tu ada lagi, tinggal tumbuk je bagi halus sikit dah boleh buat sambal kacang...jadi dengan magic nya, maka terhasillah tauhu sumbat...hehehe..
Bahan Utama:-
5 keping tauhu
1/2 cawan parutan lobak merah
1/2 cawan taugeh, dicelur sedikit
1/2 cawan parutan sengkuang
1/2 cawang hirisan halus timun
Bahan Sambal Kacang:-
2 cawan kacang tanah
2 camca besar cili kisar (boleh tambah cili padi kalau suka)
2 1/2 camca besar gula
1/2 cawan jus asam jawa
1/2 camca teh garam
2 camca besar petis
4 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*(*dikisar halus)
Cara membuatnya:-
- TAUHU SUMBAT:- Tauhu digoreng tanpa dipotong hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan, biar sejuk. Kemudian belah tauhu supaya menjadi 3 segi. Buat poket dibahagian belahan tauhu tadi. Kemudian isi kan dengan setiap jenis sayur2an ke dalam poket tauhu tadi. Buat hingga siap dan ketepikan.
- SAMBAL KACANG:- Satukan semua bahan2 untuk sambal kacang dan gaul hingga sebati. Rasa masin, manis dan masamnya. Jika ok, boleh dihidangkan bersama tauhu sumbat tadi. Maaf dalam gambar tauhu sumbat tak de timun sebab kehabisan stok...
No comments:
Post a Comment