Bahan-bahannya:- (Guna cawan yang berisipadu 250ml)
1 cawan gula
1 cawan jus panda (kisar 5-6 helai daun pandan dgn 250ml air dan tapis)
2 cawan tepung
2 1/4 cawan pati santan
3 biji telur gred A
1/2 camca teh garam
2 camca besar mentega, dicairkan
Sedikit pewarna hijau
Bijan (jika suka)
Cara membuatnya:-
- Satukan semua bahan2 diatas kecuali bijan dalam satu bekas. Kacau dengan wisk hingga semua larut. Tapis adunan.
- Dalam acuan yg digemari, lenser sedikit mentega dan panaskan dalam oven untuk 2 - 3 minit. Oven telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180C.
- Keluarkan acuan dan curah adunan tadi. Tabur bijan dan bakar kembali dalam oven selama 30 - 35 minit hingga masak dan permukaan kuih bakar kuning keemasan. Kuih ni sedap kalau ada sedikit kerak. Sejukkan sebelum dipotong..
4 comments:
Haa yang ni ma suka, tapi tu la, kena kontrol sikit makan tu... Ma suka kalau tabur bijan banyak-banyak....pehhhhh....
setuju dgn mama....serammm terkenangkan "santan" dia tu..mat pun cuma makan sikit2 jee....
mat & ma... tu la pasal..nak tukar ngan susu...alamak..tak real la pulak..tapikan..lagi seram kalau tgk bingka telur nyer bahan2..tp lg ler sedap n lemak mat...cam ner la bulan poser ni aku nak diet...today i buat kuih koci u..camjanji la kita
Mat
Inilah kuih yang saya paling suka sediakan bila tergesa gesa...cuma di Jepun ni, santan kena minima..campur sikit susu + butter,
Untuk jimat cermat...demi yen dan kesihatan.
Post a Comment