BEN ASHAARI

Tuesday, September 11, 2007

CHAR KUEY TEOW


CHAR KUEY TEOW!!!!....ini semua gara2 tak tahan tengok Noreen letak gambar kuey teow goreng kat blog dia (resipi asal boleh dapat kat sini)....dengan gigihnya pakcik menggoreng juga petang tadi nie...memang sedap laaa!!!!

Bahan-Bahannya:-
500 g kuey teow
300 g udang, dibersihkan
200 g kerang (mat tak bubuh sebab tak de stok)
150 g taugeh
1 cawan isi ayam*
1/2 camca teh serbuk lada sulah*
1/2 camca teh garam*(*disatukan dan perap 10 minit)
1 cekak kucai, cuci bersih dan kerat2
3 ulas bawang putih, cincang halus
1 keping fishcake, dihiris halus
3 biji telur
2 camca makan cili kisar
Sedikit daun bawang, dipotong2
Bawang goreng, jika suka

Bahan Sos:-
2 camca besar sos tiram
2 camca besar sos tomato
2 camca besar sos cili
2 camca besar kicap manis
3 - 4 camca besar kicap cair

Cara membuatnya:-
  1. Dalam kuali panaskan minyak dan goreng telur, hancur2kan dan tolak ke tepi. Masukkan daging ayam, udang, kerang (jika ada) dan fish cake, goreng sekejap dan tolak ke tepi kuali.
  2. Tuang sedikit lagi minyak, tumis bawang putih hingga wangi, masukkan cili dan goreng hingga garing, masukkan bahan2 sos dan gaul hingga rata bersama kesemua bahan yg ditolak ke tepi kuali tadi.
  3. Masukkan kuey teow dan gaul hingga rata. Masukkan kucai dan taugeh tadi, gaul hingga mesra. Rasa garamnya, jika kurang boleh ditambah lagi kicap cair. Bila masak, angkat dan taburkan bawang goreng dan hirisan daun bawang. Hidangkan bersama cili jeruk, hirisan timun dan tomato.

8 comments:

jo ayee said...

i dok perhati you blog ni mat..memang nampak "kemalayuannya"..jgn silap baca mat..cara u amik gambar..wording and all that..hould keep it that way..different.& unik.:)

Mat Gebu said...

Terima kasihh Jo..terharulah!!...tapi mcm mana pun mat pasti selitkan sedikit "peranakan" style...biasa laa Malaysia mari!!!!

jo ayee said...

"kerang tak sempat ngucap..."thansk mat..u always make people laugh..

Mat Gebu said...

sama2 lah kita gelak...hahaha!!!

MamaFaMi said...

Tumpang gelak sekali boleh tak? Hehehe...Tak boleh pun, mama dah tergelak dah...ampunnn!!! Mat punya versi char kue tiau ni, siap ada sos eh...nanti leh cuba lah. Hari tu dah beli 1/2 kg kerang siap kopek tu..bolehlah mama ceburkan...

Mat Gebu said...

mama...mat ke blog "noreenuk"...tu pasal tak bley tahan godaan kuey teow diaa....

Lydia said...

oh kuey teow goreng... oh bi hun goreng... i nak makan juga.... dah beli 1 pkt kueh teow!! haha... jemput makan kueh teow kat blog i besok ke lusa eh... hahaha

CKT big fan said...

as big fan har kuey teow n bese tgk org masak CKT ni...cara awak len sket..tapi still bleh try..hehehe...tapi utk resipi ori char kuey teow penang..bleh tgk kat site yg sy jumpa ni

http://www.myresipi.com/top/detail/4513