BEN ASHAARI

Thursday, September 27, 2007

BISKUT KELAPA DELIMA


Sejak dari dulu2 lagi sebelum mat dilahirkan, setiap hari raya, bonda mat akan buat biskut ni, kira biskut "wajib" keluarga kami...sekarang tugas tu mat dah ambil alih....jadi bila pakcik sorang ni dah ambil alih, gaya bentuk dan rupa paras mesti leer berubah walau pun masih mengekalkan resipi asal....selamat mencuba semua!!!

Bahan Utama:-
225 g tepung jagung (cornstarch)"Brown & Polson"*
150 g tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
125 g gula aising
75 g kelapa kering, kisar halus
25 g serbuk badam
1 biji telur gred A (berat kurang lebih 60g sebiji)
1/2 camca teh esev vanilla
155 g mentega

Untuk Hiasan:-
Ceri merah, dipotong kecil
Kelapa kering
1 kuning telur, untuk disapu

Cara membuatnya:-
  1. Serbuk badam dan kelapa yang dikisar halus tadi digaul bersama2 tepung yang telah diayak. Ketepikan.
  2. Dalam mixing bowl, masukkan telur, gula aising dan esen vanilla, pukul hingga berkrim. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Peringkat ini adunan akan menjadi seakan2 serbuk roti.
  3. Perlahankan speed, dan masukkan mentega sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi hingga adunan bertukar menjadi doh yang lembut dan boleh dicanai. Keluarkan doh dari mixer, bulat2kan dan tutup dengan tuala lembap.
  4. Bahagikan doh tadi kepala 3 bahagian. Ambil satu bahagian dan canai diantara dua helai plastik menggunakan torak (alat penggelek) setebal 1/2 cm, terap ikut acuan kegemaran dan alihkan ke dulang pembakar. Buat hingga siap.
  5. Sapu kuning telur, hias ceri potong dan tabur sedikit kelapa kering. Bakar pada suhu 150C selamat 10 - 12 minit. Angkat dan alihkan biskut atas jaringan. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara....

5 comments:

Hani said...

Mat, nak tanya. tepung jagung yang Mat guna tu real tepung jagung ataupun cornstarch? Sebab selalu tengok resepi orang Malaysia, tepung jagung tu refer to cornstarch... tolong jawab erk... tingin nak merasa biskut ni :-) TQ

Mat Gebu said...

Cornstarch (sebab kaler dia putih)...cuba kak hani jgn tak cuba..lepas tu kan masa bakaq biskut nie, bukak lagi raya (kalau payah nak dpt, masuk blog noreen)...mesti sayu hati...

noreen said...

wah mat cantik tul biskut kelapa nie ala2 delima pauh gitu agaknya rupa mat pun ada cam gitu tak ahak tapi mmg nampak seksi siap sekali ngan bekas kuih laei tu. nie mesti dok cari dlm robok mlm tadi yo lah setahun sekali je guna bekas kuih raya ahak banyak lak den komen kat sini nanti kena ban baru taw

MamaFaMi said...

Aik...dah boleh pulak...Mama nak kata, mesti dapur Mat bau harum semerbak bila bake biskut kelapa ni...I always love the aroma that comes out of the oven every time kita bake something...tend to make our tummy grumble je...ahaksss...

Aidan's Mama & Papa said...

mat, mat dok kat mana eh? kita nak datang rumah mat hari raya nanti la bila balik malaysia. terpandai lah sangat mat masak! semua boleh, biskot, laok, asian, western!!

Zaza