hmmm .."ohhh heaven" .....tak boleh pakcik nak bayangkan.....leh pingsan!!!!!!
Bahan-bahannya:-
1 biji nenas sederhana besar
1 cawan gula pasir
1 helai daun pandan disimpul
1 cawan air
Air batu secukupnya
Air masak mengikut keperluan
Setitik dua pewarna kuning
Cara membuatnya:-
- Nenas dikupas, belah 4, buang empulur, kemudian potong kiub sederhana besar. Kemudian masukkan nenas tadi dalam periuk, satukan gula, 1 cawan air, daun pandan dan pewarna kuning. Masak atas api sederhana 15 - 20 minit. Angkat dan sejukkan.
- Kemudian, dalam jag air, masukkan no. 1 tadi dan curah air mengikut keperluan. Tambah air batu..kacau biar manis serata....Lepas tu tuang dalam gelas dan boleh leer...belasah!!!!
2 comments:
Yang ini, mama tak boleh minum sebab pantang nenas, nanti sakit tekak! La ni, mama kalau berbuka, tak minum air sejuk pun...minum air mineral je...hehehe...ntah berapa lama ler boleh tahan tu! Wakakaka....
Sebenarnya ayah mat, yang beriya2 sgt nak air nenas niee..kiranya style mak dia buat masa ayah mat budak2 dulu kot...jadi buatkan lah..apa lah sgt kan nak dibandingkan dgn jasa mereka pada kita....kan mama......
Post a Comment