BEN ASHAARI

Thursday, September 20, 2007

KUIH LAPIS CENDOL



Masa beli cendol hari tu, punyalah tamak sampai beli 2 bungkus..buat sebungkus pun payah nak habis...jadi oleh kerana berbaki satu bungkus lagi, mat puas fikir apa nak buat, masa pi merayau2, terjumpa resipi kak liza..."Kuih Lapis Cendol"...hmm nampak menarik, jadi mat pun mulakan operasi tadi...tapi tulah dalam gambar cutting dia tak berapa lawa sebab belum sejuk betul2...bagi sesiapa yang buat, elok biar kuih sejuk betul2, baru potong dan pasti kuih anda akan mendapat potongan badan "Marilyn Monroe"..hehehe.

Bahan Disatukan (1 cawan = 250ml) :-
1 1/2 cawan tepung gandum*
2 camca besar tepung beras*
2 camca besar tepung jagung*(*disatukan dan diayak)
1/2 cawan gula
3 cawan santan
3/4 camca teh garam

Bahan Lain:-
1/2 cawan air gula merah (1/2 cawan air panas + 3 camca besar gula merah)
1 cawan cendol
1/2 cawan air

Cara membuatnya:-
  1. Gaul dan kacau semua bahan2 disatukan hingga rata dan sebati. Tapis adunan dan bahagi 2, sama banyak.
  2. 1 bahagian dicampur dengan air gula merah, kacau sebati dan bagi 2 sama banyak. Ketepikan
  3. 1 bahagian lagi dicampur dengan cendol dan 1/2 cawan air. Kacau hingga rata dan bagi 2 sama banyak. Ketepikan.
  4. Panaskan kukusan dan lenser loyang berukuran (8 x 8 x 3)inci dengan sedikit minyak. Panaskan loyang dalam kukusan sebentar. Tuang 1 bahagian cendol dan kukus 5 minit. Kemudian tuang 1 bahagian gula merah perlahan2 (gunakan senduk sebagai perantaraan). Kukus lagi 5 minit hingga masak
  5. Lakukan lapisan seterusnya dgn 1 bahagian cendol dan kukus 5 minit dan diakhiri dengan bahagian gula merah dan kukus 10 minit. Biar betul2 sejuk sebelum dipotong...

2 comments:

jo ayee said...

ada rasa cam kuih lapis biasa tak mat?

Mat Gebu said...

teksture dia kenyal2 dan boleh kopek sehelai2 mcm kuih lapis biasa. Rasa pun elok, tak manis cuma "sedap2" je...cuma kalau dpt part yg gula merah tu kalau dpt "kaler" gelap skit lagi cun kot.