Mee sup untuk bonda mat......Pagi2 dia dah suruh ayah mat sembelih ayam kampung, jenis "dara" lagi u. Jadi mat pun buatkan mee sup untuk berbuka puasa tadi.....cara masak dia mudah sama macam kaedah kuah soto yang mat masak dalam resipi2 yang lepas...jemput berbuka semua!!
Bahan Utama:-
1 ekor ayam kampung jenis "dara"
4 biji kentang, dikupas, belah 4 dan rendam
1 batang lobak merah, dikupas dan potong baji
2 camca besar rempah sup "Adabi"*
1 1/2 camca besar rempah kurma "Adabi"*
1/2 cawan air*(*disatukan dan bancuh)
2 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
Garam dan serbuk perasa (jika suka)
Bahan Dikisar:-
6 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
2 inci halis
1 inci kunyit hidup
3 biji buah keras
1 camca teh lada hitam biji
Bahan Tumis:-
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Bahan Lada Kicap:-
8-10 cili padi
2 ulas bawang putih
1/2 cawan kicap manis
Bahan Lain:-
1 bungkus mee laksa, rendam dan celur hingga lembut
Taugeh, dicelur
Tauhu, digoreng dan potong
Kacang tanah, goreng
Hirisan daun sup/bawang
Bawang goreng
Cara membuatnya:-
- UNTUK SUP:- Ayam dipotong sederhana besar, perap dengan limau dan garam 15 minit, cuci dan toskan. Lumur dengan sedikit kunyit serbuk dan garam. Ketepikan.
- Dalam periuk, tuang 1/2 cawan minyak, tumis bahan tumis hingga wangi, masukkan bahan2 kisar, bancuhan rempah serai dan lengkuas. Kacau goreng hingga terbit minyak. Masukkan ayam tadi dan gaul hingga rata dengan rempah.
- Tuang 2500ml air dan masak hingga ayam 3/4 lembut menggunakan api sederhana. Kemudian masukkan kentang dan lobak merah. Masak hingga kentang dan lobak empuk. Perasakan dgn garam dan serbuk perasa (jika suka). Biar mendidih lagi 5 minit. Angkat dan boleh dihidangkan. Jika kuah kurang, boleh tambah air.
- UNTUK LADA KICAP:- Tumbuk cili padi dan bawang putih hingga lumat. Tuang kicap dan gaul rata. Hidangkan bersama mee sup.
- PENYEDIAAN MEE SUP:- Dalam mangkuk, masukkan mee dan taugeh, tuang kuah bersama ketulan daging ayam, kemudian hias dengan potongan tauhu, kacang tanah, taburkan hirisan daun sup/bawang dan bawang goreng. Hidangkan bersama2 lada kicap.
6 comments:
good lighthing... nampak sedap!!
eh... gambar ni ambil kat kebun ke? kekeke
hahaha...kalau kat kebun, mesti ada tupai, burung dan silap ular!!! pun ada sekali dalam gambar...
hari ini, jumaat 9 ramadan.. i dan sekuarga pun menu mee sup.. samalah kita cik mat..
adake special meaning makan mee sup pada jumaat 9 ramadan?
tak de apa2lah sky..cuma secara tak sengaja je....malam 10 hari terkahir puasa tu baru ada special meaning....tapi bukan bab makan...
Post a Comment