Ayam....bermacam ayam...ada "ibu ayam", "anak ayam", "bapak ayam"...ahakss...Tapi yang ni genuine kampung mari...ayam jenis sopan santun, tak pakai mini skirt okkk!!!...Jom sama2 kita masak rendang ayam kampung....
Bahan-Bahan Utama:-
1 ekor ayam kampung (kurang lebih 2kg)
1 biji kelapa parut
2 keping asam gelugor
3 helai daun kunyit, dimayang
3 camca besar kerisik
2 camca besar gula melaka
3 - 4 camca besar cili kisar
4 camca besar serbuk kari daging
Garam dan serbuk perasa (jika suka)
Bahan Dikisar Halus:-
10 ulas bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
6 biji cili padi (nak menyengat, boleh tambah)
3 inci halia
1 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup
1 inci belacan
3 biji buah keras
7 batang serai, hiris halus
Bahan Tumis:-
4 ulas bawang merah kecil, dihiris halus
2 ulas bawang putih, dihiris halus
1 batang kayu manis
4 kuntum cengkih
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
Cara membuatnya:-
- Ayam kampung dipotong ikut suka (jgn terlalu besar), cuci bersih dan gaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Ketepikan. Tuang 1 cawan air dalam kelapa parut, ramas dan perah untuk santan pekat. Tuang lagi 3 cawan air, ramas dan perah untuk santan cair. Ketepikan.
- Dalam kuali tuang kurang lebih 1 1/2 cawan minyak, masuk bahan tumis bila minyak panas dan tumis hingga wangi. Masukkan bahan2 kisar, cili kisar dan serbuk kari daging. Kacau hingga rata, tambah sedikit air jika pekat. Masak atas api sederhana hingga rempah wangi dan terbit minyak.
- Masukkan ayam dan gaul rata. Biar ayam kecut dengan rempah 10 minit. Tuang santan cair dan biar mendidih. Masukkan 1- 2 camca teh garam, kacau rata. Kemudian masukkan pati santan dan biar hingga ayam 1/2 empuk. Tambah air jika ayam masih keras.
- Masukkan kerisik, asam gelugor dan gaul rata. Rasa garamnya jika dalam peringkat ini rasa agak kurang masin, tak payah letak garam lagi kerana bila rendang kering, garamnya pun dah ok.
- Masak hingga kuah pekat, masukkan gula melaka dan serbuk perasa (jika suka), gaul rata dan masak hingga ayam empuk. Masukkan hirisan daun kunyit dan gaul rata. Jika suka rendang ayam lembap, boleh lah diangkat dan jika suka kering, masak lagi hingga kering, gunakan api perlahan.
- KAEDAH LAIN:- Mat selalu masak rendang ni guna pressure cooker (periuk tekanan). Kaedah menumis semua sama, tapi buat dalam periuk tekanan tadi. Masukkan ayam gaul, bubuh garam dan santan cair, anggaran tenggelam ayam. Tutup periuk dan biar hingga wap keluar. Kemudian kecilkan api dan masak utk 10 - 15 minit (bergantung pada "usia" ayam). Lepas tu, bila tekanan dalam periuk tu reda, curah dalam kuali, tuang santan pekat dan renih sampai kering....mcm biasa. Teknik memasak bergantung pada panduan periuk tekanan masing2 yeaa!!!..Oh ye..lupa nak pesan...kata mak mat, ayam kampung "jantan" lagi enak kalau dibuat rendang atau kari sebab daging dia pejal, ayam "betina" paling sedap dibuat sup....
3 comments:
mat awat panjang lebar cara2 nak membuat ayam kg nie panjang sampai ke china wall hah jenuh den nak itut
sudah beraya ke mat... rendang dah bikin... betul ke ayam kampung tak pakai mini skirt?
hehehe...Jo,depa tak pakai mini skit laa sebab ayam jantan....cuma bini je ada 5 - 6 ekor...Noreen, mmg mcm tu procedure dia...masa kita nak buat bukan perasan byk mana, tapi masa tulis baru nampak rupanya keretapi maut uuu....kalau kat negeri 9, mereka guna 2 biji kelapa...lomak bona, copek mati pakcik kau ni haa!!!
Post a Comment